Pengakuan perokok tegar
Oleh :
Oleh : Siti Norzaleha, Khairurradiah & Hanani

Pelajar / remaja lelaki:

“Saya mula merokok sejak tingkatan satu secara sembunyi-sembunyi. Kalau di sekolah tempat yang paling selamat ialah tempat letak kereta guru sebab cikgu pun selalu merokok di situ. Macam mana saya hendak berhenti merokok sebab ayah saya dan adik-beradik semuanya hisap rokok. Mereka tidak melarang saya merokok,” kata Zainuddin, Tingkatan 5. Petikan dari Utusan Malaysia.

“Saya berhenti merokok tiga tahun lalu dan bertahan satu setengah tahun. Ia bermula apabila saya dimasukkan ke hospital kerana pembedahan apendiks. Dr. Tang tak pernah berputus asa pujuk saya berhenti merokok, malah menjanjikan ‘hadiah’.

“Genap setahun tidak merokok, saya betul-betul gembira dibelanja makan oleh Dr. Tang di sebuah hotel. Namun enam bulan kemudian, saya terpaksa merokok semula kerana tekanan kerja ketika saya bertugas sebulan di luar Negara,” ujar Hasnol, Pegawai Swasta. Petikan dari Utusan Malaysia.

Menurut salah seorang pelajar USIM yang identitinya mahu dirahsiakan, dia mula berjinak-jinak dan mengenali  rokok sejak tingkatan satu lagi sehinggalah kini. Awalnya hanya sekadar suka-suka tetapi akhirnya membawa kepada ketagihan dan menjadi perokok tegar.

Biasanya, sehari dia  akan menghisap rokok setengah kotak. Dia juga pernah mencuba serta berusaha untuk berhenti dari tabiat ini, namun persekitaran membuatkan niatnya terbujur begitu sahaja.


Pelajar / remaja perempuan:

“Berat badan saya turun daripada 60 kilogram! Saya memang impikan berat badan ideal. Dengan merokok saya dapat turunkan berat badan de-ngan cepat.

“Selepas terbukti rokok merupakan ubat mujarab menguruskan badan, saya tak pernah terlintas berhenti merokok. Biarlah, asalkan dapat kekalkan bentuk dan berat badan, lebih-lebih lagi bukan mudah melakukannya dengan cara lain seperti formula diet.

“Saya hisap 15 hingga 20 batang sehari. Semuanya guna wang belanja sekolah,” jelas Zaiton Salleh. Petikan dari Utusan Malaysia.

“Dulu semasa di sekolah berasrama penuh, ketika tingkatan lima saya menghisap rokok. Sesekali apabila teringatkan perangai lama, saya ada juga perasaan teringin untuk merokok kembali tetapi memandangkan ia bukanlah imej muslimah sejati, saya segera lupakan dan padamkan hasrat itu,” kata Fatimah Abdullah, 23, Bekas Pelajar Aliran Agama. Petikan dari Utusan Malaysia.

“Disebabkan selalu mengikut rakan-rakan perokok ke kelab malam, akhirnya saya terpengaruh. Ketika itu, saya masih bersekolah.Bagi saya, tiada bezanya menghisap rokok kerana orang lelaki pun merokok. Saya yakin sekarang begitu ramai perempuan yang merokok cuma tidak ramai yang berani menghisap rokok di kawasan orang ramai,” kata  Jue, 21. Petikan dari Utusan Malaysia.