Selagi mana ada kehendak di situ ada jalan - Siah
Oleh: Ain Nabihah dan Siti Hajar

Picture
Nama               : Norsiah Bt. Jemain
Umur                : 24 tahun
Asal                 : Sabak Bernam, Selangor
Keturunan       : Melayu
Tarikh Lahir    : 24 Febuari 1986
Tempat Lahir  : Sabak Bernam
Anak ke          : 8  dari 12 orang
Hobi               : Melakukan aktiviti lasak, menyanyi dan bersukan
Fakulti           : Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Kos                : Dakwah dan Pengurusan Islam
Tahun pengajian : 4
Cita-cita       : Motivator/Penceramah
Pendidikan  : Sek. Keb. Binjai Jaya, SAMT Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah, Selangor

Pencapaian di USIM :

- Naib Pengerusi Kor-SUKSIS ( Sukarelawan Siswa Siswi Polis)2007-2009
- Tokoh Pegawai Sukarelawan Kor- Suksis Cemerlang Keseluruhan 2009
- Tokoh Seniwati Malam Asprisiasi Seni 2007
- Naib Pengerusi Kelab Tarian Universiti 2007- 2008
- Wakil Nasyid USIM

 

  Apakah perkembangan terbaru anda?

 

Sekarang saya sedang sibuk menjalani praktikal di Bahagian Agama dan Kaunseling(BAKA) di Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam di samping menyiapkan tesis yang perlu di hantar pada akhir bulan ini.

Sibuk dengan rutin harian belajar dan aktiviti lain pastinya memberi tekanan bukan? Apa yang akan dilakukan bagi menghilangkan rasa tertekan?

 

Dengan cara saya melibatkan diri dalam program-program inilah saya menghilangkan tekanan kerana dalam program itu kita akan jumpa pelbagai jenis orang dan berbual dengan perbualan yang berbeza-beza. Saya juga suka menyanyi, mencipta lagu sendiri atau membuat sesuatu yang saya tidak pernah saya lakukan untuk meghilangkan tekanan.

Bagaimana boleh tertarik dengan bidang yang diceburi? Adakah disebabkan minat?

 

Ya, kerana dari kecil saya suka melibatkan diri dalam aktiviti lasak dan kesenian. Tetapi saya lebih serius pada nasyid kerana ianya berkait rapat dengan kos yang saya ambil dan ianya boleh dijadikan sebagai satu medium untuk menyampaikan dakwah.

Apakah cara yang telah membuatkan anda berkeyakinan diri dalam membuat semua perkara?

Ketika berada di atas pentas, adalah mustahil jika kita tidak akan merasa takut untuk berdepan dengan orang ramai. Sebenarnya pengendalian yang baik antara nervous dan confident akan membuatkan kita lebih yakin dalam menyampaikan sesuatu perkara. Jadi, dari situlah kita akan dapat melaksanakannya dengan sebaik mungkin terutamanya bila kita berada di atas pentas dan di khalayak ramai.

Bagaimana anda membahagikan masa antara belajar dengan aktiviti-aktiviti lain?

Disebabkan saya terikat dengan tiga perkara iaitu SUKSIS, Unit Kebudayaan dan study, saya telah membahagikan masa saya dengan seba-iknya. Kebiasaannya pada hari Isnin hingga Jumaat, pagi sampai petang,   saya akan tumpukan perhatian pada kelas. Manakala pada malam tersebut saya akan menjalani latihan kesenian di HEP. Hari Sabtu dan Ahad pula saya akan tumpukan perhatian pada aktiviti SUKSIS.

Adakah anda aktif bersukan?


Untuk aktiviti sukan, saya telah satukan aktiviti ini di dalam aktiviti-aktiviti SUKSIS di mana saya sukakan aktiviti kawad kaki. Tetapi sebelum ini saya juga pernah memasuki SUFA dalam perlawanan pingpong.

Apakah pengalaman menarik sepanjang pengajian di sini?

Banyak pengalaman yang menarik yang saya perolehi di sini. Namun, pengalaman yang paling menarik dan menggembirakan bagi saya adalah apabila saya dianugerahkan sebagai  Tokoh Pegawai Sukarelawan Kor-SUKSIS Cemerlang Keseluruhan 2009, Tokoh Seniwati Malam Asprisiasi Seni 2007 dan Anugerah Kadet SUKSIS Wanita Kategori Disiplin Terbaik 2008.

Bagaimanakah anda menjaga penampilan diri dari segi kesihatan dan kecantikan?

Sebenarnya menjaga kecantikan ni adalah basic bagi seorang perempuan. Kecantikan diri ini sebenarnya bukan terletak hanya pada luaran semata-mata, tetapi cukuplah sekadar kita menjaga akhlak dan hubungan kita sesama manusia dan yang paling penting sekali adalah ibadah kita. Itulah baru dikatakan sebagai kecantikan yang sempurna.


Siapakah idola anda?

Idola saya adalah ibu saya kerana walaupun dia tidak berpendidikan tinggi, tetapi saya amat kagum dengan keyakinan dan ketabahannya dalam mendidik anak-anaknya seramai 12 orang sehingga berjaya dan dialah yang telah banyak memberi dorongan kepada saya selama ini.

Apakah matlamat dan harapan anda?

Matlamat dan harapan saya adalah saya ingin membalas segala jasa ibu dan ayah saya selama ini. Di- samping itu, saya juga akan berusaha untuk mencapai cita-cita saya dan sekiranya ada peluang, saya akan menyambung pelajaran saya ke peringkat Master.

Apakah pesanan untuk pembaca USIM Today?

Bumi Allah ini luas. Selagi mana ada kehendak, di situ ada jalannya. Jadi gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya, Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.