Keputusan MUET membanggakan
Oleh:Fatimah & Norashikin

 

NILAI- “Keputusan MUET baru-baru ini lebih baik jika dibandingkan dengan yang sebelum ini,” kata Puan Monaliza Laudang apabila diminta untuk mengulas tentang keputusan peperiksaan berkenaan.

Ini menunjukkan satu peningkatan yang memberangsangkan bagi semua pelajar USIM yang telah melepasi tahap yang telah ditetapkan. Jika dilihat sebelum ini, pelajar yang mendapat band 3 ke atas hanya 8.5% dari jumlah pelajar yang berdaftar manakala keputusan yang terbaru telah meningkat kepada 28.03%.

Apa yang mengecewakan, ada juga calon yang tidak menghadirkan diri untuk mengambil peperiksaan penting ini walaupun mereka telah mendaftar. Tambah beliau, seramai 90 orang calon dari 1961 yang mendaftar telah “menghilangkan diri” semasa peperiksaan dijalankan tanpa memaklumkan kepada pihak atasan.

Sebelum ini, peratus bagi calon yang tidak hadir hanya 2.13% manakala, jumlah peratusan tersebut telah meningkat kepada 5.12%. Hal ini sedikit sebanyak turut menjejaskan reputasi USIM.

Walaubagaimanapun, calon yang mendaftar bagi sesi pertama 2010, telah dihadkan kepada 828 calon sahaja jika dibandingkan sebelum ini seramai 1197 calon.

Justeru, semua pelajar wajib mendapatkan sekurang-kurangnya band 3 dalam peperiksaan ini seiring dengan syarat yang ditetapkan pihak USIM untuk bergelar seorang graduan.