USIM pilih atlet pingpong untuk sukan MASUM
Oleh: Nur Azah & Siti Norzaleha

Picture
FOKUS…Para pemain menumpukan perhatian sepenuhnya ketika bermain.
PANDAN INDAH- “Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) mampu menandingi universiti-universiti  lain dalam setiap acara sukan yang dianjurkan meskipun USIM merupakan universiti baru,” menurut penyelaras sukan ping pong, En. Mohammad Syairazi bin Ali, 28.

Sukan pingpong antara kampus Pandan dan kampus Nilai yang diadakan pada 16 Januari lalu adalah bertujuan memilih wakil pemain ping pong untuk turut serta dalam Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) tidak lama lagi.

Menurut En. Mohammad Syairazi, pemilihan pemain ping pong ini dibuat berdasarkan kebolehan, ketangkasan serta kekuatan dari segi fizikal dan mental setiap pemain. Semangat yang ditonjolkan oleh mereka begitu mengagumkan walaupun mempunyai tugasan penting dan perlu dilaksanakan tetapi mereka tetap meluangkan masa bersama  setiap hujung minggu untuk berlatih serta mempraktikkan teknik baru.

Walaupun sekarang ini sukan pingpong ketiadaan jurulatih tetapi mereka tetap mampu untuk berlatih demi meningkatkan prestasi masing-masing. Mereka juga berharap di masa akan datang, setiap sukan yang dijalankan mempunyai jurulatih yang berkebolehan untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Pihak pengurusan sukan USIM mengadakan pemilihan ini supaya mahasiswa yang berada di Pandan Indah tidak akan terabai kerana kedudukan kampus jauh dari kampus tetap dan sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Menurut salah seorang pemain sukan pingpong, Mohd Fathi Safuan Mohd Yusoff, 24, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), dia meminati sukan ini sejak dari sekolah menengah lagi dan tidak akan melepaskan peluang jika terpilih untuk mewakili MASUM dalam sukan pingpong. Dia juga berharap agar anak-anak melayu kini lebih maju dalam bidang sukan dan kemajuannya setaraf dengan bangsa lain terutama cina.

“Walaupun baru pertama kali saya menyertai sukan pingpong, saya rasa seronok apabila dipanggil untuk turut serta dalam pemilihan ini. Saya juga dapat mengetahui serta mempelajari cara atau teknik yang betul melalui pemain-pemain sebelum ini yang berbakat besar,” kata Nurulaisyah Aqilah binti Kamarul Zaman, Fakulti Pergigian (FPG), tahun 3.