Pertandingan Debat Intrakampus KKP Menarik
Oleh: Ahmad Syukri dan Mohd Hanan

 

PANDAN INDAH- JAKSA Kolej Kediaman Pandan (KKP) dengan kerjasama Kelab Debat USIM cawangan Pandan telah menganjurkan Pertandingan Debat Intrakampus Kolej Kediaman Pandan 2009/2010, pada 2 Januari lalu.

Pada asalnya penyertaan dibuka kepada semua pelajar pra-klinikal yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan debat inter-varsity, namun pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pihak sehingga terdapat beberapa pasukan yang mendaftar sehari sebelum pertandingan walaupun tarikh tutup pendaftaran lima hari sebelum pertandingan bermula.

Pertandingan yang diadakan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) itu mempertandingkan tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam pengucapan umum disamping mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan penghuni kolej kediaman pandan yang tinggal di tiga bangunan yang berbeza. 

Pertandingan debat kategori Bahasa Melayu dimenangi oleh Tahun 2, FPSK, Bahasa Arab, Pasukan Fpg dan Bahasa Inggeris, Tahun 1 FPSK