Berbaloi sesat
Oleh : Shahrulnizam Abu Sukor

BANGI - Tersesat ketika dalam perjalanan menuju ke INFRA (Institute for Rural Advancement) tidak mematahkan semangat untuk sampai ke destinasi yang di tuju.

Keinginan untuk memahami de- ngan lebih mendalam tentang gagasan 1Malaysia membuatkan rasa putus asa hilang untuk menghadirkan diri dalam Program Penerangan 1Malaysia Majlis Perwakilan Pelajar seluruh IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) baru-baru ini.

Perpaduan di antara kaum menjadi teras utama dalam memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan bertaraf antarabangsa. Di samping itu, gagasan ini bertujuan mengukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, politik mahupun sosial.

“Program seperti ini wajar diadakan kerana para peserta dapat mendalami dan memahami gagasan 1Malaysia ini serta mencapai Wawasan 2020 dengan sempurna,” kata Tan Chan Sin, 22, MPP Exco Kebudayaan dan Kesenian, Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR).

Ini juga adalah titik tolak sebagai satu formula yang akan membantu untuk memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia dipatrikan ke dalam sanubari rakyat negara kita dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Idealisme, aktivisme, dan intelek adalah tiga ciri-ciri kerealitian yang telah disimpulkan oleh Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam ucapan perasmiannya pada program tersebut.

Program selama dua hari yang bermula pada 9 sehingga 10 Januari 2010 memberi pelbagai informasi dan maklumat yang mendalam kepada kita tentang kepentingan gagasan 1Malaysia ini.